Showing posts with label maternity. Show all posts
Showing posts with label maternity. Show all posts

Friday, February 17, 2017

Penuhi Nutrisi Sepanjang Kehamilan Dengan Set Kehamilan Shaklee

PREGNANCY VS NUTRITION

Pengambilan nutrisi yang lengkap sepanjang kehamilan adalah kunci kepada:-
✔Perkembangan otak dan minda bayi yang sempurna
✔Perkembangan bayi yang sihat
✔Pencegahan bayi daripada jaundice


Dengan pengambilan Set Kehamilan Shaklee insyaAllah ibu dan bayi akan dapat nutrisi yang lengkap antaranya:-

1)Vita-Lea Iron Formula
🍀Membantu ibu menambah zat besi. Kebiasaannya ibu yang kurang zat besi akan mudah lesu,pitam

2) Sustained Release Vita-C
🍀Sebagai antioksidan untuk kulit lebih cantik dan meningkatkan imunisasi ibu dan juga bayi.
🍀Membantu penyerapan iron

3) B Complex
🍀Lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B yang diperlukan oleh tubuh untuk membantu tubuh agar lebih bertenaga,fokus dan menstabilkan emosi

4) ESP
🍀Memberikan tenaga tambahan
🍀Membantu penyerapan vitamin2 lain yang optimum
🍀Kulit lebih gebu dan cantik

5) Ostematrix
🍀Bayi akan menyerap lebih 90% kalsium daripada ibu. Jika ibu tidak mengambil makanan tambahan untuk menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi, ibu akan terdedah dengan osteoporosis,sengal2 badan.

🌟Tambahan OmegaGuard boleh diambil setelah memasuki 2nd Trimester bagi membantu perkembangan otak bayi.




Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang.

Nak harga murah??Daftar sebagai ahli shaklee dan automatik dapat harga murah!

Untuk order/daftar keahlian boleh terus Whatsapp/Message Shira di 013-3484461.

Shaklee ID 1222138

Shira akan guide dan ajar cara-cara pengambilan supplements yang betul kepada semua customer yang purchase dengan Shira SAHAJA. :)

Assalamualaikum.

Your Shaklee Indepedent Distributor
SHIRA (SID No: 1222138)
Whatsapp: 0133484461

Instagram: @vitaminolehshira

Tuesday, October 25, 2016

Try To Conceive (TTC) Journey

Try To Conceive (TTC) Journey/ Tips Untuk Hamil

Kehamilan adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita bergelar isteri. Gembiranya saat melihat UPT test menunjukkan anda POSITIVE hamil! Apatah lagi jika disahkan hamil diawal usia perkahwinan iaitu ‘bunting pelamin’.



Namun begitu, tak semua diberikan rezeki untuk hamil di awal perkahwinan. Ada yang menunggu 2,3 tahun untuk mendapatkan zuriat. 6 tahun, malah lebih lagi! Pasangan yang lambat mendapat zuriat sudah pasti akan mendapat soalan-soalan cepumas daripada orang sekeliling. Wanita/isteri biasanya akan lebih sensitif bila diajukan soalan berkaitan kehamilan/zuriat.

Jangan runsing atau stress, sebaliknya teruskan berikhtiar. Sementara itu, positifkan diri anda. Anda boleh enjoy dulu hidup berdua dengan suami. Honeymoon sehabis boleh selagi belum ada anak kecil.

Tips Nutrisi Penting Untuk Hamil

Apa nutrisi yang perlu diambil secukupnya jika anda bercadang untuk hamil/ try to conceive?

1.0  PROTEIN

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.

Kuku, kulit, otot-otot sebenarnya adalah berasal daripada protein. Protein membentuk sel yang mana merupakan asas kepada pembentukan organ pada tubuh badan manusia.

Secara ringkas, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Antara fungsi PROTEIN untuk persediaan anda untuk hamil:

-         Membekalkan tenaga yang berpanjangan
-         Menguatkan otot rahim (otot/dinding rahim yang kuat,tebal dan sihat merupakan antara faktor yang memainkan peranan sama ada berjaya conceive atau tidak)
-         Membantu pembentukan sel

Sumber PROTEIN yang mudah dan terbaik semestinya ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee.



2.0  IRON

IRON adalah sejenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk banyak fungsi.

Kenapa IRON penting untuk TTC?

IRON membantu dalam penghasilan hemoglobin (HB) iaitu sejenis protein dalam sel merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh sel. Ketika hamil, jantung akan bekerja lebih kuat, mengepam darah 30%-50% lebih cepat! Maka, lebih HB diperlukan untuk supply oksigen kepada bayi dalam kandungan.

Kekurangan IRON dalam tubuh akan menyebabkan:

-         Anemia (jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10 gram/dL)
-         Tidak subur
-         Keguguran
-         Kelahiran bayi pra-matang
-         Bayi lahir kurang berat badan
-         Risiko bayi meninggal dalam kandungan



Sumber IRON yang mudah dan terbaik semestinya VITA-LEA Shaklee. Ianya bukan sekadar mengandungi iron, malahan mengandungi multivitamin dan multinutrisi yang lengkap yang diperlukan oleh tubuh badan.

3.0  FOLIC ACID

FOLIC ACID dan wanita hamil sememangnya sinonim. Namun begitu, ianya haruslah diambil sebelum hamil (merancang untuk hamil/ TTC) lagi! Kenapa? Ianya sangat penting diambil seawal mungkin bagi membantu pertumbuhan fizikal bayi termasuklah saraf tunjang.

Apakah risiko jika kekurangan FOLIC ACID?

-         Neural Tube Deffects (NTD) pada bayi. (masalah ini boleh berlaku sekitar hari ke-21 hingga ke-27 kehamilan!)

NTD boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu:

-         Spina Bifina
-         Anencephaly
-         Encephalocele



Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya NTD, wanita seharusnya mengambil FOLIC ACID lebih awal (i.e. sebelum berkahwin). Pengambilan FOLIC ACID semasa hamil pula dapat mengurangkan depresi atau stress serta membantu menyokong perkembangan motor dan sensory bayi.
Supplements Shaklee yang mengandungi FOLIC ACID adalah B COMPLEX dan VITA-LEA.


4.0 VITAMIN C

VITAMIN C yang juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah  sinonim dengan kecantikan! :)

Tahukah anda? Vitamin C juga penting diambil oleh mereka yang bercadang untuk hamil atau TTC. Ramai ibu hamil yang mengalami HB low yang mana akan menyebabkan risiko untuk mendapat Anemia.

Bagi mengelakkan risiko Anemia, ibu hamil amat digalakkan untuk mengambil IRON. VITAMIN C pula berfungsi untuk membantu penyerapan IRON atau zat besi.

Antara fungsi lain VITAMIN C adalah membantu:

-         membaiki tisu
-         penyembuhan luka
-         pembaikan dan pertumbuhan tulang
-         kulit yang sihat dan cantik
-         meneutralkan radikal bebas
-         menguatkan sistem imun ibu dan bayi
-         membentuk plasenta yang sihat

Shaklee juga mempunyai VITAMIN C bagi memenuhi keperluan kesihatan anda! :)



PROTEIN, IRON, FOLIC ACID dan VITAMIN C merupakan antara supplements bagi memenuhi keperluan nutrisi bagi mereka yang sedang ikhtiar hamil atau TTC. Kesemua nutrisi ini amat digalakkan diambil sekurang-kurangnya 4 bulan lebih awal bagi menyediakan nutrisi secukupnya buat ibu dan juga bayi anda nanti.


Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang.

Nak harga murah??Daftar sebagai ahli shaklee dan automatik dapat harga murah!

Untuk order/daftar keahlian boleh terus Whatsapp/Message Shira di 013-3484461.

Shaklee ID 1222138

Shira akan guide dan ajar cara-cara pengambilan supplements yang betul kepada semua customer yang purchase dengan Shira SAHAJA. :)

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan hajat kita setiap hari.

Assalamualaikum.

Your Shaklee Indepedent Distributor
SHIRA (SID No: 1222138)
Whatsapp: 0133484461
Instagram: @vitaminolehshira

Wednesday, September 14, 2016

13 Milk Booster Semulajadi Terbaik Untuk Ibu Menyusu

Jika anda membaca penulisan ini, bermaksud anda telah membuat pilihan yang bijak untuk menyusukan bayi anda. Tahniah ibu! :)


Susu ibu membekalkan segala yang diperlukan oleh bayi anda untuk berkembang maju selama enam bulan pertama hidupnya. Menyusukan bayi anda memberi banyak faedah. Berikut adalah di antaranya:

  • Ia mengurangkan risiko bayi mengalami sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).
  • Ia membantu bayi anda melawan jangkitan dan membentuk bakteria baik dalam sistem pencernaannya. Bayi anda mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk membesar dengan baik daripada susu anda, disamping mendapat perlindungan daripada bakteria berbahaya.
  • Susu ibu mengandungi antibodi daripada badan anda yang membantu melindungi bayi anda daripada sakit perut (gastroenteritis), selesema, jangkitan dada dan jangkitan telinga.
  • Ia membantu membentuk ikatan rapat di antara ibu dan anak, dan dapat membantu mengelakkan kemurungan selepas bersalin (meroyan).
  • Ia mempersiap-sediakan bayi anda merasa pelbagai rasa yang berbeza. Berbanding dengan susu formula, susu ibu mempunyai rasa berbeza, bergantung kepada apa yang anda makan. Dengan ini, bayi anda akan kurang cerewet dalam memilih makanan apabila dia sudah bercerai susu kelak.

Apabila bayi anda sudah besar sedikit, penyusuan badan menjadi satu cara untuk menenangkan bayi jika dia tidak sihat dan tidak lalu makan. Susu ibu juga membantu bayi sembuh daripada penyakit dengan lebih cepat. Apabila bayi anda sudah mula makan makanan pejal, anda masih boleh meneruskan penyusuan badan.

13 Milk Booster Semulajadi Terbaik Untuk Ibu Menyusu

1.0 Lobak putih



2.0 Bayam



3.0 Sawi



4.0 Pegaga



5.0 Barli



6.0 Anggur hitam



7.0 Durian



8.0 Oat



9.0 Makanan Sunnah (kurma, madu)



10.0 Horlicks



11.0 Keju



12.0 Alfalfa

 


Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu (milkbooster). Juga untuk rapatkan keintiman wanita.

13.0 ESP @ Soy Protein Isolate Powder



Komposisi vitamin utama dalam susu ibu ialah protin. Protin adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protin iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protin berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protien. Selain itu protien dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. Apabila kita memasak sumber protien seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Set Basic Milkbooster : Alfalfa Complex + ESP

Pengambilan harian Alfalfa Complex + ESP
  • Meningkatkan hasil susu ibu
  • Meningkatkan kualiti dan kepekatan susu ibu, hasilnya bayi cepat kenyang
  • Memberi tenaga tambahan sepanjang hari
  • Menggantikan kalsium yang ibu perlukan
  • Mengurangkan masalah lenguh-lenguh badan
  • Mencantikkan kulit ibu dan juga bayi
  • Mengawal selera makan ibu, sekaligus membantu ibu mengawal berat badan ideal
  • Melembutkan najis dan mengelakkan masalah sembelit

Gentle reminder: Pengambilan Set Penyusuan Shaklee ini perlu seiring dengan konsep ‘supply’ dan ‘demand’ iaitu menyusukan bayi sekerap mungkin atau mengepam dengan kerap iaitu pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali payudara anda. Ini sangat penting untuk merangsang pengeluaran susu. Dan bila disebut kombinasi suplemen untuk ibu menyusu, bukanlah semuanya bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran susu. Ada suplemen yang diambil adalah untuk keperluan ibu sendiri untuk kekal cergas dan sihat dalam melaksanakan rutin harian. Lebih-lebih lagi, jika anda seorang ibu bekerjaya. :)

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang.

Nak harga murah??Daftar sebagai ahli shaklee dan automatik dapat harga murah!

Untuk order/daftar keahlian boleh terus Whatsapp/Message Shira di 013-3484461.

Shaklee ID 1222138

Shira akan guide dan ajar cara-cara pengambilan supplements yang betul kepada semua customer yang purchase dengan Shira SAHAJA :)

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan hajat kita setiap hari.

Assalamualaikum.

Your Shaklee Indepedent Distributor
SHIRA (SID No: 1222138)
Whatsapp: 0133484461
Instagram: @shaklee.shira

Wednesday, August 24, 2016

14 Makanan Atasi ‘HB Low’ Dalam Kalangan Ibu Hamil

ANEMIA atau kekurangan darah atau kekurangan zat besi biasa berlaku dalam kalangan ibu hamil. Ianya boleh didefinisikan sebagai keadaan dimana jumlah sel darah merah atau juga dikenali sebagai haemoglobin (HB) berkurangan. Jumlah haemoglobin yang normal bagi wanita adalah 12-16 gram/dL. Bagi wanita hamil pula, jumlah haemoglobin adalah berbea iaitu 10-15 gram/d. Jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10 gram/dL, risiko untuk menghidapi anemia adalah tinggi.

Masalah anemia dalam kalangan ibu hamil ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh mengakibatkan kelahiran pra-matang. Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 adalah antara punca utama berlakunya masalah anemia. Ketika hamil, bayi menyerap nutrien-nutrien penting daripada ibu yang mana ianya amat diperlukan untuk proses tumbesaran bayi. Oleh itu, ibu hamil seharusnya mengambil makanan yang seimbang dan bernutrisi untuk mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.

14 Makanan Untuk Tambah Darah Ibu Hamil

1.0  Daging Merah


Daging merah mengandungi kadar at besi yang tinggi. Tahu tak, kandungan zat besi daripada sumber haiwan adalah mudah diserap berbanding sumber lain?

2.0  Brokoli


Brokoli sangat bagus dimakan kerana ianya mengandungi antioksidan yang mampu meningkatkan imunisasi badan serta melawan jangkitan selain mengandungi vitamin, zat besi dan folat.

3.0  Pisang


Folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru. Wanita hamil digalakkan mengambil dua biji pisang setiap hari.

4.0  Kekacang


Ambillah kekacang sebagai snek bagi menggantikan makanan ringan. Kekacang adalah snek berkhasiat yang elok untuk otak serta mampu membantu mencegah masalah anemia.

5.0  Hati


Hati adalah makanan yang terkenal dalam kebolehannya menambah kepekatan darah. Namun AWAS! Pengambilan organ dalaman yang kerap adalah tidak digalakkan kerana ianya tidak elok untuk otak.

6.0  Bayam


Bayam merupakan sayur paling baik untuk ibu hamil. Ianya merupakan makanan paling mudah untuk membantu meningkatkan HB dan mengelakkan anemia.

7.0  Kerang


Selain hati, kerang merupakan alternatif yang popular malahan lazat bagi menambah darah.

8.0  Kuning telur


Kuning telur mengandungi nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan masalah anemia.

9.0  Oat


Ianya mudah dihadam dan sangat sesuai diambil oleh ibu hamil.

10.0        Buah Delima


Sebiji buah delima mengandungi sekitar 40% Vitamin C serta mengandungi folat, serat,  kalium, niasin, vitamin A dan E.

11.0        Madu


Madu mengandungi zat besi yang memiliki kemampuan untuk meningkatkan jumlah sel darah merah yang mana sekaligus meningkatkan kadar hemoglobin.

12.0        Kurma


Kandungan gula dalam kurma bukan hanya dapat dijadikan sebagai penambah tenaga segera tetapi juga dapat mengatasi anemia.

13.0        Kismis


Kismis atau anggur kering juga baik untuk kesihatan minda. Sangat bagus dijadikan sebagai snek ibu hamil dan juga kanak-kanak.

14.0        VITA-LEA® Shaklee


Vita-Lea®, salah satu supplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa termasuklah zat besi,folat dan vitamin B12.

Pengambilan harian Vita-Lea®
  • Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
  • Menguatkan tulang dan sistem imun
  • Melindungi tubuh daripada radikal bebas

Perbezaan Vita-lea Iron Formula Multivitamin Shaklee Berbanding Jenama Lain

Kemajuan Saintifik - Disokong oleh tujuh kajian klinikal
Sistem Penyerapan Bioaktif - Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
Kualiti yang luar biasa - Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Fakta Nutrisi Vita-lea Iron Formula

Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
Lain-lain – Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet




** Vita-Lea tidak boleh diambil bersama minuman berkafein atau kalsium kerana boleh merencatkan penyerapan zat besi.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang.

Nak harga murah??Daftar sebagai ahli shaklee dan automatik dapat harga murah!

Untuk order/daftar keahlian boleh terus Whatsapp/Message Shira di 013-3484461.

Shaklee ID 1222138

Shira akan guide dan ajar cara-cara pengambilan supplements yang betul kepada semua customer yang purchase dengan Shira SAHAJA. :)

Assalamualaikum.

Your Shaklee Independent Distributor
SHIRA (SID No: 1222138)
Whatsapp: 0133484461
Instagram: @shaklee.shira