Showing posts with label hb low. Show all posts
Showing posts with label hb low. Show all posts

Wednesday, January 4, 2017

Vita-Lea Iron Formula

Vita-Lea Iron Formula : Multivitamin Dan Multimineral Shaklee


Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Dicipta pada tahun 1915, ianya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutannya kepada “Vita-Min”.

Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang kini dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah-buahan,12 vitamin dan 7 mineral penting. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Tablet Vita-Lea disaluti dengan serbuk nutrisi spirulina. Ia dihasilkan melalui kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, dikenali sebagai “Explo-tab”. Vita-Lea merupakan tablet multivitamin terpantas di dunia yang terlarut di dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protin untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.

Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea selama setahun boleh mengurangkan risiko untuk jatuh sakit sebanyak 65%. Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.


6 Manfaat Utama Vita-Lea Shaklee

1.0  Penambahan Tenaga Segera - Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam segala aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

2.0  Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineralpenting akibat amalan pemakanan yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang vegetarian (makan sayuran sahaja) dan mereka yang mempunyai masalah anaemia.

3.0  Keupayaan Sistem Produktif - Penting bagi kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

4.0  Metabolisma - Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

5.0  Elemen Penting Kepada Sel Tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta membantu menjaga kesihatan tiroid.

6.0  Melindungi Organ - Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


Fakta Nutrisi Yang Terkandung Dalam Vita-Lea Shaklee

Vitamin A – Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran,  menguatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sitem respiratori, sistem imun serta rambut yang sihat.

Vitamin D – Memperkasakan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut,  osteoporosis dan psoriasis.

Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancarkan perjalanan darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, arthritis , baik untuk sistem reproduktif lelaki serta mengurangkan kesan parut.

Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang pembentukan kolagen, meningkatkan daya tahan terhadap penyakit, menyembuhkan luka, mencegah selsema, gusi berdarah, hidung berdarah dan darah beku.

Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anaemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit.
Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, menguatkan memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah, membantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan tanda herpes zoster.

Vitamin B2 – Menukarkan makanan kepada tenaga, mencegah anaemia, keletihan mata, katarak, jangkitan pada lidah dan mulut, kekejangan.

Vitamin B3 - Menukarkan makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat masalah pening, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.

Vitamin B6 – Metabolisma protein, memeperbaiki otot, senggugut, penenang, tenaga, mengelakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan kebas, anaemia.

Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus (janin) dan kanak-kanak, meningkatkan selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fiikal, memori, fokus, keupayaan seksual,  serta mengelakkan anaemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.

Biotin – Membantu B-Complex berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rabun beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, ekema dan keradangan kulit.

Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, arthritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, mempercepat proses penyembuhan luka.

Kalsium – Memperkuatkan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/masalah tulang lembut.

Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang,  diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat arthritis, aneroxia.

Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, meningkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.

Zat Besi – Membentuk hemoglobin, meredakan sakit akibat PMS, membantu tumbesaran, melawan penyakit, menegelakkan keletihan, anaemia.

Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadaman.

Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan.

Zink – Menguatkan sistem imun, percepat proses penyembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.


Siapa Yang Digalakkan Consume Vita-Lea Iron Formula?

·        Wanita Hamil – boleh diambil seawal usia kandungan lagi.
·        Individu yang cepat letih, makan tidak terjaga dan tidak cukup tidur.
·        Individu yang ada masalah tekanan darah rendah (low blood pressure) serta mudah pitam.
·        Individu yang sering berhadapan dengan tekanan – stress kerja mahupun student.
·        Individu yang ingin menjaga kesihatan secara menyeluruh.


Testimoni Vita-Lea Iron Formula Shaklee





Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang.

Nak harga murah??Daftar sebagai ahli shaklee dan automatik dapat harga murah!

Untuk order/daftar keahlian boleh terus Whatsapp/Message Shira di 013-3484461.

Shaklee ID 1222138

Shira akan guide dan ajar cara-cara pengambilan supplements yang betul kepada semua customer yang purchase dengan Shira SAHAJA. :)

Assalamualaikum.

Your Shaklee Indepedent Distributor
SHIRA (SID No: 1222138)
Whatsapp: 0133484461

Instagram: @vitaminolehshira

Tuesday, October 25, 2016

Try To Conceive (TTC) Journey

Try To Conceive (TTC) Journey/ Tips Untuk Hamil

Kehamilan adalah detik yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita bergelar isteri. Gembiranya saat melihat UPT test menunjukkan anda POSITIVE hamil! Apatah lagi jika disahkan hamil diawal usia perkahwinan iaitu ‘bunting pelamin’.



Namun begitu, tak semua diberikan rezeki untuk hamil di awal perkahwinan. Ada yang menunggu 2,3 tahun untuk mendapatkan zuriat. 6 tahun, malah lebih lagi! Pasangan yang lambat mendapat zuriat sudah pasti akan mendapat soalan-soalan cepumas daripada orang sekeliling. Wanita/isteri biasanya akan lebih sensitif bila diajukan soalan berkaitan kehamilan/zuriat.

Jangan runsing atau stress, sebaliknya teruskan berikhtiar. Sementara itu, positifkan diri anda. Anda boleh enjoy dulu hidup berdua dengan suami. Honeymoon sehabis boleh selagi belum ada anak kecil.

Tips Nutrisi Penting Untuk Hamil

Apa nutrisi yang perlu diambil secukupnya jika anda bercadang untuk hamil/ try to conceive?

1.0  PROTEIN

25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada PROTEIN.

Kuku, kulit, otot-otot sebenarnya adalah berasal daripada protein. Protein membentuk sel yang mana merupakan asas kepada pembentukan organ pada tubuh badan manusia.

Secara ringkas, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:

SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Antara fungsi PROTEIN untuk persediaan anda untuk hamil:

-         Membekalkan tenaga yang berpanjangan
-         Menguatkan otot rahim (otot/dinding rahim yang kuat,tebal dan sihat merupakan antara faktor yang memainkan peranan sama ada berjaya conceive atau tidak)
-         Membantu pembentukan sel

Sumber PROTEIN yang mudah dan terbaik semestinya ESP (Energizing Soy Protein) Shaklee.



2.0  IRON

IRON adalah sejenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita untuk banyak fungsi.

Kenapa IRON penting untuk TTC?

IRON membantu dalam penghasilan hemoglobin (HB) iaitu sejenis protein dalam sel merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh sel. Ketika hamil, jantung akan bekerja lebih kuat, mengepam darah 30%-50% lebih cepat! Maka, lebih HB diperlukan untuk supply oksigen kepada bayi dalam kandungan.

Kekurangan IRON dalam tubuh akan menyebabkan:

-         Anemia (jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10 gram/dL)
-         Tidak subur
-         Keguguran
-         Kelahiran bayi pra-matang
-         Bayi lahir kurang berat badan
-         Risiko bayi meninggal dalam kandungan



Sumber IRON yang mudah dan terbaik semestinya VITA-LEA Shaklee. Ianya bukan sekadar mengandungi iron, malahan mengandungi multivitamin dan multinutrisi yang lengkap yang diperlukan oleh tubuh badan.

3.0  FOLIC ACID

FOLIC ACID dan wanita hamil sememangnya sinonim. Namun begitu, ianya haruslah diambil sebelum hamil (merancang untuk hamil/ TTC) lagi! Kenapa? Ianya sangat penting diambil seawal mungkin bagi membantu pertumbuhan fizikal bayi termasuklah saraf tunjang.

Apakah risiko jika kekurangan FOLIC ACID?

-         Neural Tube Deffects (NTD) pada bayi. (masalah ini boleh berlaku sekitar hari ke-21 hingga ke-27 kehamilan!)

NTD boleh dibahagikan kepada 3 jenis, iaitu:

-         Spina Bifina
-         Anencephaly
-         Encephalocele



Bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya NTD, wanita seharusnya mengambil FOLIC ACID lebih awal (i.e. sebelum berkahwin). Pengambilan FOLIC ACID semasa hamil pula dapat mengurangkan depresi atau stress serta membantu menyokong perkembangan motor dan sensory bayi.
Supplements Shaklee yang mengandungi FOLIC ACID adalah B COMPLEX dan VITA-LEA.


4.0 VITAMIN C

VITAMIN C yang juga dikenali sebagai asid askorbik, adalah  sinonim dengan kecantikan! :)

Tahukah anda? Vitamin C juga penting diambil oleh mereka yang bercadang untuk hamil atau TTC. Ramai ibu hamil yang mengalami HB low yang mana akan menyebabkan risiko untuk mendapat Anemia.

Bagi mengelakkan risiko Anemia, ibu hamil amat digalakkan untuk mengambil IRON. VITAMIN C pula berfungsi untuk membantu penyerapan IRON atau zat besi.

Antara fungsi lain VITAMIN C adalah membantu:

-         membaiki tisu
-         penyembuhan luka
-         pembaikan dan pertumbuhan tulang
-         kulit yang sihat dan cantik
-         meneutralkan radikal bebas
-         menguatkan sistem imun ibu dan bayi
-         membentuk plasenta yang sihat

Shaklee juga mempunyai VITAMIN C bagi memenuhi keperluan kesihatan anda! :)



PROTEIN, IRON, FOLIC ACID dan VITAMIN C merupakan antara supplements bagi memenuhi keperluan nutrisi bagi mereka yang sedang ikhtiar hamil atau TTC. Kesemua nutrisi ini amat digalakkan diambil sekurang-kurangnya 4 bulan lebih awal bagi menyediakan nutrisi secukupnya buat ibu dan juga bayi anda nanti.


Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang.

Nak harga murah??Daftar sebagai ahli shaklee dan automatik dapat harga murah!

Untuk order/daftar keahlian boleh terus Whatsapp/Message Shira di 013-3484461.

Shaklee ID 1222138

Shira akan guide dan ajar cara-cara pengambilan supplements yang betul kepada semua customer yang purchase dengan Shira SAHAJA. :)

Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan hajat kita setiap hari.

Assalamualaikum.

Your Shaklee Indepedent Distributor
SHIRA (SID No: 1222138)
Whatsapp: 0133484461
Instagram: @vitaminolehshira

Wednesday, August 24, 2016

14 Makanan Atasi ‘HB Low’ Dalam Kalangan Ibu Hamil

ANEMIA atau kekurangan darah atau kekurangan zat besi biasa berlaku dalam kalangan ibu hamil. Ianya boleh didefinisikan sebagai keadaan dimana jumlah sel darah merah atau juga dikenali sebagai haemoglobin (HB) berkurangan. Jumlah haemoglobin yang normal bagi wanita adalah 12-16 gram/dL. Bagi wanita hamil pula, jumlah haemoglobin adalah berbea iaitu 10-15 gram/d. Jika jumlah haemoglobin adalah kurang daripada 10 gram/dL, risiko untuk menghidapi anemia adalah tinggi.

Masalah anemia dalam kalangan ibu hamil ini tidak boleh dipandang remeh kerana ianya boleh mengakibatkan kelahiran pra-matang. Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 adalah antara punca utama berlakunya masalah anemia. Ketika hamil, bayi menyerap nutrien-nutrien penting daripada ibu yang mana ianya amat diperlukan untuk proses tumbesaran bayi. Oleh itu, ibu hamil seharusnya mengambil makanan yang seimbang dan bernutrisi untuk mengekalkan jumlah haemoglobin dalam darah.

14 Makanan Untuk Tambah Darah Ibu Hamil

1.0  Daging Merah


Daging merah mengandungi kadar at besi yang tinggi. Tahu tak, kandungan zat besi daripada sumber haiwan adalah mudah diserap berbanding sumber lain?

2.0  Brokoli


Brokoli sangat bagus dimakan kerana ianya mengandungi antioksidan yang mampu meningkatkan imunisasi badan serta melawan jangkitan selain mengandungi vitamin, zat besi dan folat.

3.0  Pisang


Folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru. Wanita hamil digalakkan mengambil dua biji pisang setiap hari.

4.0  Kekacang


Ambillah kekacang sebagai snek bagi menggantikan makanan ringan. Kekacang adalah snek berkhasiat yang elok untuk otak serta mampu membantu mencegah masalah anemia.

5.0  Hati


Hati adalah makanan yang terkenal dalam kebolehannya menambah kepekatan darah. Namun AWAS! Pengambilan organ dalaman yang kerap adalah tidak digalakkan kerana ianya tidak elok untuk otak.

6.0  Bayam


Bayam merupakan sayur paling baik untuk ibu hamil. Ianya merupakan makanan paling mudah untuk membantu meningkatkan HB dan mengelakkan anemia.

7.0  Kerang


Selain hati, kerang merupakan alternatif yang popular malahan lazat bagi menambah darah.

8.0  Kuning telur


Kuning telur mengandungi nutrien yang diperlukan bagi mengelakkan masalah anemia.

9.0  Oat


Ianya mudah dihadam dan sangat sesuai diambil oleh ibu hamil.

10.0        Buah Delima


Sebiji buah delima mengandungi sekitar 40% Vitamin C serta mengandungi folat, serat,  kalium, niasin, vitamin A dan E.

11.0        Madu


Madu mengandungi zat besi yang memiliki kemampuan untuk meningkatkan jumlah sel darah merah yang mana sekaligus meningkatkan kadar hemoglobin.

12.0        Kurma


Kandungan gula dalam kurma bukan hanya dapat dijadikan sebagai penambah tenaga segera tetapi juga dapat mengatasi anemia.

13.0        Kismis


Kismis atau anggur kering juga baik untuk kesihatan minda. Sangat bagus dijadikan sebagai snek ibu hamil dan juga kanak-kanak.

14.0        VITA-LEA® Shaklee


Vita-Lea®, salah satu supplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa termasuklah zat besi,folat dan vitamin B12.

Pengambilan harian Vita-Lea®
  • Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
  • Menguatkan tulang dan sistem imun
  • Melindungi tubuh daripada radikal bebas

Perbezaan Vita-lea Iron Formula Multivitamin Shaklee Berbanding Jenama Lain

Kemajuan Saintifik - Disokong oleh tujuh kajian klinikal
Sistem Penyerapan Bioaktif - Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru
Kualiti yang luar biasa - Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan

Fakta Nutrisi Vita-lea Iron Formula

Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat
Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi
Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi
Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot
Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang
Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung
Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak
Lain-lain – Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet




** Vita-Lea tidak boleh diambil bersama minuman berkafein atau kalsium kerana boleh merencatkan penyerapan zat besi.

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang.

Nak harga murah??Daftar sebagai ahli shaklee dan automatik dapat harga murah!

Untuk order/daftar keahlian boleh terus Whatsapp/Message Shira di 013-3484461.

Shaklee ID 1222138

Shira akan guide dan ajar cara-cara pengambilan supplements yang betul kepada semua customer yang purchase dengan Shira SAHAJA. :)

Assalamualaikum.

Your Shaklee Independent Distributor
SHIRA (SID No: 1222138)
Whatsapp: 0133484461
Instagram: @shaklee.shira