Cepat merasa letih adalah perkara normal untuk ibu hamil. Kenapa? Ketika mengandung, sistem tubuh kita mengalami perubahan yang besar. Kalau
dulu, kita boleh bergerak aktif bukan saja di pejabat malah di rumah. Tapi,
oleh kerana perubahan yang berlaku pada tubuh ketika hamil menyebabkan ibu
hamil cepat penat dan tak lagi boleh bergerak seaktif dulu.
Sepanjang tempoh kehamilan, tubuh kita
bekerja lebih daripada biasa terutamanya dalam trimester pertama. Pada
ketika ini plasenta terbentuk sebagai sumber pemakanan kepada bayi dalam
kandungan. Hormon dan metabolisma tubuh kita juga berubah dengan ketara. Selain
itu, kadar gula dan tekanan darah dalam tubuh juga selalunya akan lebih rendah
dari paras normal. Inilah yang menyebabkan ibu mengandung cepat letih dan
mengantuk.
Adakah Keletihan Ini Akan Berlanjutan?
Sebenarnya, berapa lama tempoh keletihan ini adalah berbeza untuk setiap
individu. Pada kebiasaannya, ibu hamil akan mengalami keadaan cepat penat dan
keletihan ini dalam tempoh trimester pertama dan trimester
ketiga.
Dalam trimester yang pertama, wanita yang hamil kebiasaannya akan mengalami
gejala morning sickness pada peringkat awalnya seperti rasa loya tekak, hilang
selera makan dan muntah-muntah. Ibu hamil dinasihatkan supaya mendapatkan rehat yang secukupnya pada
awal-awal kehamilan kerana tubuh sedang berkerja keras ketika peringkat awal
kehamilan.
Kebiasaannya gejala morning sickness ini akan mula beransur-ansur
kurang apabila masuk ke trimester kedua atau minggu ke 14 hingga minggu 16
kehamilan. Tetapi ingat, ada juga ibu-ibu yang mengalami gejala morning
sickness sehingga ke minggu yang ke 20 atau lebih!
6 Cara Untuk Mengatasi
Mabuk Hamil Ini
1.0 Peka dengan isyarat yang diberi oleh tubuh
Cubalah tidur lebih awal di waktu malam untuk merehatkan tubuh terutamanya
di waktu awal kehamilan. Dapatkan rehat yang secukupnya dan tidurlah ketika masih
ada peluang untuk tidur awal tanpa rasa bersalah!
Ketika bekerja pula, jika keletihan cubalah ambil sedikit masa makan
tengahari untuk lelapkan mata dalam 15 minit. Walaupun singkat, tetapi tidur
sebentar ini mampu memberikan kesegaran kepada tubuh!
2.0 Ubah Jadual
Wanita takkan boleh lari daripada tanggungjawab menguruskan kerja-kerja di
rumah walaupun sebagai wanita bekerjaya. Cubalah untuk mengubah jadual
bersesuaian dengan keadaan kita mengandung. Minta suami untuk turut sama membantu
menguruskan rumahtangga dalam waktu-waktu ini dan jangan lakukan kerja-kerja
berat. Yang penting, anda dapat kurangkan waktu menguruskan kerja-kerja
rumah bagi merehatkan badan.
3.0 Diet Yang Sihat
Pastikan tubuh mendapat diet yang sihat lengkap dengan karbohidrat,
kalsium, protein dan sebagainya untuk memastikan tubuh mendapat
tenaga yang secukupnya dan nutrien yang diperlukan. Cuba sasarkan untuk makan
lebih banyak buah dan sayur dari biasa iaitu sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
4.0 Amalkan Senaman Ringan
Ibu hamil amat digalakkan untuk melakukan senaman ringan sepanjang
kehamilan untuk memberikan kecergasan kepada tubuh. Senaman ringan seperti berjalan-jalan
atau berenang akan membantu kita untuk tidur lebih lena di waktu
malam disamping memudahkan kita untuk proses melahirkan anak nanti.
5.0 Bertahanlah Wahai Ibu!
Apabila kandungan telah masuk ke trimester kedua, mudah-mudahan gejala
morning sickness ini berkurangan atau hilang. Bertahanlah untuk tempoh-tempoh
awal kehamilan ini dan berdoalah agar keadaan akan bertambah baik. Selain
itu, amalan rohani seperti zikir dan solat adalah terapi terbaik dan memberi lebih
kekuatan untuk menghadapi tempoh ini.
Perlukah Pengambilan
Supplemen Untuk Ibu Hamil?
Bukan sesuatu yang mudah untuk ibu hamil makan seperti kebiasaannya pada
tempoh mabuk hamil ini. Alahan yang teruk atau sering muntah kadang-kadang membuatkan ibu hamil fobia dan sekaligus
hilang selera makan. Perut kosong akan buat kita cepat letih. Jadi, jangan
biarkan perut kita kosong. Cubalah makan sedikit demi sedikit tetapi kerap.
Selain itu, ibu hamil digalakkan mengambil supplemen/makanan tambahan untuk
ibu mengandung agar ibu dan bayi kekal mendapat nutrisi yang diperlukan serta membantu
tubuh kekal cergas, sihat dan kuat sepanjang tempoh kehamilan ini.
1. Kombinasi Supplement untuk TRIMESTER PERTAMA
- Vitalea
(MULTIVITAMIN LENGKAP DENGAN ZAT BESI)
- B
complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
- Vitamin
C
- Ostematrix
(Calcium-Magnesium)
2. Kombinasi Supplement untuk TRIMESTER
KEDUA & KETIGA
- Vitalea
(MULTIVITAMIN LENGKAP DENGAN IRON)
- B
complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
- Vitamin
C
- Ostematrix
(Calcium-Magnesium)
- Omega
Guard (MINYAK IKAN, DHA)
- Energy Soy Protein (ESP - lengkap dengan protein yang diperlukan oleh tubuh)
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang.
Nak harga murah??Daftar sebagai ahli shaklee dan automatik dapat harga
murah!
Untuk order/daftar keahlian boleh terus Whatsapp/Message Shira di 013-3484461.
Shaklee ID 1222138
Shira akan guide dan ajar cara-cara pengambilan supplements yang betul kepada
semua customer yang purchase dengan Shira SAHAJA. :)
Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan hajat kita setiap hari.
Assalamualaikum.
Your Shaklee Independent Distributor
SHIRA (SID No: 1222138)
Whatsapp: 0133484461
Instagram: @shaklee.shira
No comments:
Post a Comment